Sunday, January 10, 2010

Bandar Kota Bharu, Kelantan.


Inilah sebahagian daripada gambar bandar Kota Bharu Bandaraya Islam.
Disinilah kami menjalankan perniagaan pada setiap hari Jumaat. Hasil idea Tuan Guru, maka beliau menetapkan 2 hari sebagai hari cuti umum iaitu hari Jumaat sebagai hari untuk menambah ilmu dan hari Sabtu sebagai hari untuk merapatkan silaturrahim antara sanak saudara. Awal pagi Jumaat lalulintas
sudahpun sibuk dengan kenderaan.Semuanya menuju ke satu tempat yang dinamakan Medan Ilmu, di bandar Kota Bharu, bagi mendengar amanat, tazkirah dan ceramah ugama. Bagi peniaga sekitar Kota Bharu, mereka akan merebut peluang ini dengan membuka gerai ditapak yang disediakan dan menjaja dikekitar bandar. Kami juga membuka gerai jualan tasbih, batu permata dan tongkat memandangkan hari Jumaat merupakan hari cuti minggu bagi pondok kami. Alhamdulillah, sambil mencari rezeki, dapat menambah ilmu pengetahuan dengan mendengar ceramah daripada Tuan Guru dan ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri dan kadang-kadang penceramah bebas juga diberi ruang untuk berucap.

2 comments:

Abdullah said...

slm.. blh bagi alamat kedai tuan utk sy ke sana & no telefon skali. jazakallah

Abdullah said...

slm. tlg bg alamat kedai dan nombor telefon. jazakallah